Thursday, April 7, 2011

Karangan April 2011

Tajuk :

Satu peristiwa pahit yang berlaku kepadaku yang telah membuatku insaf.

Fikirkanlah plot yang menarik yang mempunyai unsur-unsur suspens dan yang menyentuh pergolakan hidup yang dilalui oleh masyarakat Melayu Islam zaman ini. Lukislah watak-watak yang hidup dengan menggunakan KaU CoP BmW untuk bantu kamu mendapatkan kata-kata ataupun frasa-frasa yang efektif yang dapat membantu kamu dalam pelukisan itu.

Setelah itu, gunakanlah senarai semak yang akan saya lampirkan di bawah ini untuk memastikan karangan kamu ini cukup dengan perkara-perkara yang boleh menjadi daya tarik para pembaca ( yang pentingnya sayalah tu !)

Senarai Semak

1. Gunakanlah SAMMBoB untuk bantu kamu dalam pembinaan plot.
2. Pastikan cerita kamu ada KONFLIK ( sekurang-kurangnya 2 ).
3. Penggunaan :
- Dialog / Monolog
- Ayat Panjang & Ayat Pendek
- Peribahasa ( 1 atau 2 sudah memadai )
- Frasa - frasa menarik ( simili / metafora / personifikasi /dan lain-lain )
4. Gunakanlah KGN 'aku' BUKAN 'saya'.
5. Boleh gunakan teknik imbas kembali pada man-man bahagian karangan.

Jika ada pertanyaan sila bertanya dalam ruangan ini dengan menaipkan soalan kamu di dlama ruangan 'comment'.

Selamat Berkarya !!

Cikgu yang tidak sabar menanti karya yang 'cun melecun' :)

Wednesday, April 6, 2011

Membuka Minda Melahirkan Karya

Pelajar-pelajarku yang ceria senantiasa.....

Sebelum kamu diberi peluang untuk menghasilkan karya yang cun melecun...cikgu ingin kamu membaca beberapa lagi karya ( pilihlah yang mana berkenan di hati ). Setelah itu saya ingin kamu buat catatan seperti berikut....

1. Catatkan frasa-frasa menarik yang digunakan dalam cerpen. Pilih frasa yang umum yang boleh digunakan dalam kebanyakan penulisan ( tidak terikat dengan sesuatu tema seperti contoh ' angin yang menikam ', malam yang kelam ' dan lain-lain lagi ).
2. Catatkan cara penulis menggambarkan watak dalam cerita.

** Ingat contohan yang pernah saya tunjuk kamu ( wikispaces - kembali ).

Tugas hari ini bertujuan untuk memberikan kamu peluang untuk mendapatkan idea dan membiasakan diri dengan membaca cerita-cerita sebelum kamu sendiri mereka cerita yang menarik untuk saya. Saya akan berikan tajuk karangan esok. Untuk hari ini saya hanya akan berikan tema karangan yang bakal kamu tulis esok.

TEMA : Gejala sosial yang merugikan.

Selamat membaca dan mengumpulkan bahan !

Cikgu