Tuesday, August 23, 2011

Karangan Ogos 2011

Para pelajar yang dikasihi,

Minggu ini kamu akan diberikan masa untuk menyiapkan satu karangan yang berkualiti. Tajuk karangan yang harus ditulis ialah :

Sirna harapan setelah berlakunya satu penganiayaan.

Sebelum kamu memulakan penulisan kamu, kamu dikehendaki melakukan perkara-perkara berikut :

Rabu 24 Ogos 2011
1) Rujuk Panduan Menulis Karangan Naratif yang dipautkan dalam blog saya ini. Pastikan kamu tahu apakah perkara penting yang harus ada di dalam karangan kamu.
2) Baca cerpen ataupun karangan-karangan contoh yang dipautkan di dalam blog saya mahupun yang kamu dapat cari di mana-mana ruangan yang lain.
3) Mula dapatkan idea dan frasa-frasa menarik yang boleh digunakan.
4) Kongsikan frasa-frasa tersebut di dalam Google Excel ( mail.prss.sg ) mengikut kategori-kategori yang telah diberikan ( kamu bebas menambahkan kategori jika perlu ).

Khamis 25 Ogos 2011
3) Buat persiapan. Gunakan borang 'Google Form' yang telahpun diemelkan kepada kamu untuk memberi saya gambaran plot yang bakal kamu gunakan.
4) Frasa berbunga selanjutnya boleh kamu dapatkan di lelaman tintaprss.
5) Setelah lengkap borang itu, saya akan berikan maklum balas melalui blog ini. Kemudian barulah kamu boleh mulakan penulisan kamu.

Jumaat 26 Ogos 2011
6) Mulakan penulisan kamu. Ingat untuk memenuhi segala yang dikehendaki di dalam Panduan Menulis Karangan Naratif.
7) Sila warnakan semua frasa berbunga dengan warna biru.
8) Sila warnakan semua dialog dengan warna hijau.
9) Sila warnakan semua simpulan bahasa ataupun peribahasa ataupun lirik lagu ( jika ada ) dengan warna merah jambu.

Hantarkan karangan kamu pada Jumaat 26 Ogos 2011 di filzaomar@prss.sg

Selamat Berkarya !

Thursday, July 7, 2011

Ulasan Filem Minggu Pertama

Setelah mendengar ketiga-tiga persembahan mengenai filem yang telah ditonton, saya pasti kamu mesti ada pendapat mahupun pandangan tentang filem-filem tersebut. Saya ingin kamu berkongsi impak yang telah kamu rasai setelah mendengar sinopsis filem-filem tersebut. Apa yang menarik tentang filem-filem tersebut, apakah pengajaran ataupun mesej yang hendak disampaikan dan sebagainya...Apa yang kamu suka tentang filem tersebut dan adakah kamu ingin menontonnya mungkin ?

Tuliskan renungan kamu yang tidak kurang daripada 100 patah perkataan untuk ketiga-tiga filem tersebut ( bagi yang sudah membuat persembahan, 2 filem sahajalah :)

Cikgu

( Papadom, Qaisy & Laila, Lagenda Budak Setan )

Thursday, May 5, 2011

Tugas Cuti Bulan Jun 2011

Pelajarku yang disayangi.....ehem ( puji dahulu ya sebelum berika kerja )

Untuk cuti bulan Jun ini kamu akan diberikan tugas sebagai pengkritik filem. Ya! Kamu bebas memilih mana-mana filem yang kamu minat untuk ditonton bersama dengan rakan-rakan kamu.....

Cara-cara memilih filem ? Pastikan filem tersebut merupakan filem yang mempunyai mesej, tema dan persoalannya yang jelas. Juga pastikan filem pilihan kamu itu mengandungi adegan yang mencukupi untuk kamu melengkapkan tugasan yang telah diberikan.

Cara-cara memilih kumpulan ? Saya tidak akan tetapkan kumpulan kamu. Kamu bebas memilih rakan-rakan yang mempunyai citarasa yang sama dengan kamu ( yang ingin menonton filem yang sama ). Satu peringatan ! Satu kumpulan tidak boleh melebihi 4 orang.

Boleh buat sendirian ? Ya, pasti boleh. Cuma kalau buat sendirian beratlah bagi kamu. Tetapi yang pasti markah yang akan diberikan berbeza daripada markah berkumpulan - mesti adil bukan ?

Cara-cara mendapatkan filem ? Boleh beli sendiri, pinjam daripada rakan-rakan, saudara-mara ataupun bolehlah berkunjung ke perpustakaan sekolah untuk pinjam. Saya akan berusaha untuk mendapatkan DVD yang terkini dan menarik sebelum cuti bulan Jun ini untuk diletakkan di perpustakaan sekolah.

Baiklah....selamat memilih filem dan semoga berseronok dalam menonton pilihan awak ya! Rujuk AskNLearn dalam minggu kedua bulan Jun ( 6 Jun ) untuk mendapatkan kertas latihan untuk tugasan ini.

Selamat Bercuti
Cikgu

Thursday, April 7, 2011

Karangan April 2011

Tajuk :

Satu peristiwa pahit yang berlaku kepadaku yang telah membuatku insaf.

Fikirkanlah plot yang menarik yang mempunyai unsur-unsur suspens dan yang menyentuh pergolakan hidup yang dilalui oleh masyarakat Melayu Islam zaman ini. Lukislah watak-watak yang hidup dengan menggunakan KaU CoP BmW untuk bantu kamu mendapatkan kata-kata ataupun frasa-frasa yang efektif yang dapat membantu kamu dalam pelukisan itu.

Setelah itu, gunakanlah senarai semak yang akan saya lampirkan di bawah ini untuk memastikan karangan kamu ini cukup dengan perkara-perkara yang boleh menjadi daya tarik para pembaca ( yang pentingnya sayalah tu !)

Senarai Semak

1. Gunakanlah SAMMBoB untuk bantu kamu dalam pembinaan plot.
2. Pastikan cerita kamu ada KONFLIK ( sekurang-kurangnya 2 ).
3. Penggunaan :
- Dialog / Monolog
- Ayat Panjang & Ayat Pendek
- Peribahasa ( 1 atau 2 sudah memadai )
- Frasa - frasa menarik ( simili / metafora / personifikasi /dan lain-lain )
4. Gunakanlah KGN 'aku' BUKAN 'saya'.
5. Boleh gunakan teknik imbas kembali pada man-man bahagian karangan.

Jika ada pertanyaan sila bertanya dalam ruangan ini dengan menaipkan soalan kamu di dlama ruangan 'comment'.

Selamat Berkarya !!

Cikgu yang tidak sabar menanti karya yang 'cun melecun' :)

Wednesday, April 6, 2011

Membuka Minda Melahirkan Karya

Pelajar-pelajarku yang ceria senantiasa.....

Sebelum kamu diberi peluang untuk menghasilkan karya yang cun melecun...cikgu ingin kamu membaca beberapa lagi karya ( pilihlah yang mana berkenan di hati ). Setelah itu saya ingin kamu buat catatan seperti berikut....

1. Catatkan frasa-frasa menarik yang digunakan dalam cerpen. Pilih frasa yang umum yang boleh digunakan dalam kebanyakan penulisan ( tidak terikat dengan sesuatu tema seperti contoh ' angin yang menikam ', malam yang kelam ' dan lain-lain lagi ).
2. Catatkan cara penulis menggambarkan watak dalam cerita.

** Ingat contohan yang pernah saya tunjuk kamu ( wikispaces - kembali ).

Tugas hari ini bertujuan untuk memberikan kamu peluang untuk mendapatkan idea dan membiasakan diri dengan membaca cerita-cerita sebelum kamu sendiri mereka cerita yang menarik untuk saya. Saya akan berikan tajuk karangan esok. Untuk hari ini saya hanya akan berikan tema karangan yang bakal kamu tulis esok.

TEMA : Gejala sosial yang merugikan.

Selamat membaca dan mengumpulkan bahan !

Cikgu