Pelajarku yang disayangi.....ehem ( puji dahulu ya sebelum berika kerja )
Untuk cuti bulan Jun ini kamu akan diberikan tugas sebagai pengkritik filem. Ya! Kamu bebas memilih mana-mana filem yang kamu minat untuk ditonton bersama dengan rakan-rakan kamu.....
Cara-cara memilih filem ? Pastikan filem tersebut merupakan filem yang mempunyai mesej, tema dan persoalannya yang jelas. Juga pastikan filem pilihan kamu itu mengandungi adegan yang mencukupi untuk kamu melengkapkan tugasan yang telah diberikan.
Cara-cara memilih kumpulan ? Saya tidak akan tetapkan kumpulan kamu. Kamu bebas memilih rakan-rakan yang mempunyai citarasa yang sama dengan kamu ( yang ingin menonton filem yang sama ). Satu peringatan ! Satu kumpulan tidak boleh melebihi 4 orang.
Boleh buat sendirian ? Ya, pasti boleh. Cuma kalau buat sendirian beratlah bagi kamu. Tetapi yang pasti markah yang akan diberikan berbeza daripada markah berkumpulan - mesti adil bukan ?
Cara-cara mendapatkan filem ? Boleh beli sendiri, pinjam daripada rakan-rakan, saudara-mara ataupun bolehlah berkunjung ke perpustakaan sekolah untuk pinjam. Saya akan berusaha untuk mendapatkan DVD yang terkini dan menarik sebelum cuti bulan Jun ini untuk diletakkan di perpustakaan sekolah.
Baiklah....selamat memilih filem dan semoga berseronok dalam menonton pilihan awak ya! Rujuk AskNLearn dalam minggu kedua bulan Jun ( 6 Jun ) untuk mendapatkan kertas latihan untuk tugasan ini.
Selamat Bercuti
Cikgu
Setelah menonton filem Qaisy dan Laila, saya rasa agak sedih melihat kesukaran dan keperitan hidup orang-orang Afghanistan. Misalnya, kanak-kanak di situ berebut untuk mendapatkan kepingan-kepingan roti yang sudah jatuh ke tanah untuk dimakan. Ada juga yang sangup mengadaikan nyawa untuk mengutip serpihan periuk api untuk dijual demi mendapat makanan yang tidak seberapa
ReplyDeleteKetika menonton, ada beberapa babak bom meletup di dalam filem tersebut. Saya yang sedang menonton terasa gerun, apatah lagi mereka yang melihat dan mengalaminya sendiri? Dikatakan juga bahawa semua insiden letusan bom dan serangan ialah benar dan bukan rekaan.
Dalam pada itu, saya juga telah belajar beberapa perkara yang harus kita contohi. Misalnya, saya telah belajar yang kita tidak patut menyerah kalah dalam keadaann apa sekalipun.
-Suhaimi 3e5
Setelah menonton filem 'Santau', saya tidak menafikan bahawa masih ada lagi segelintir masyarakat Melayu yang mempraktikkan ilmu sihir untuk menganiayai orang atas hasrat dengki dan niat tidak puas hati.
ReplyDeletePada pendapat saya, kita sebagai orang Islam, tidak sepatutnya mempunyai perasaan dengki atau cemburu terhadap kejayaan dan kebahagiaan orang lain. Perbuatan yang sedemikian tidak akan mendatangkan sesuatu keuntungan, malah perbuatan itu disifatkan sebagai menyutukan Allah s.w.t.
Kepuasan menganiayai orang dengan perbuatan santau hanyalah sementara. Balasan yang diterima akan lebih dahsyat lagi dari apa yang dilakukan. Contohnya, barangsiapa yang mengutukan Allah, maka laknatlah mereka, bumi tidak akan menerima jasad mereka dan sedemikian, mereka tidak akan dapat cium bau syurga.
Pengajaran yang saya dapati daripada filem ini adalah kita, sebagai hamba Allah yang hanya menumpang di dunia yang fana ini, seharusnya mempunyai rasa syukur di atas segala pemberianNya dan bahawa kejayaan itu harus diiringi dengan doa yang tidak putus dan kerja keras serta kesabaran dan percaya pada kententuan Allah. Perasaan cemburu pula harus disingkirkan kerana kita semua adalah hamba Allah yang sama di mataNya.
-Siti Jumairah Binte Juriy (3E3)
Cerita wayang gambar, “HEART” dapat menyentuh perasaan saya. Jalan ceritanya tidak dapat diduga. Ia berkisar pada persahabatan sejati antara Rachel dan temannya, Farel, yang dikenali sejak zaman kanak-kanak lagi dan bagaimana ia menyokong Farel untuk mendalami lagi perhubungan cintanya dengan Luna. Selanjutnya, bila Farel bersumpah yang dia akan terus menghabiskan masa untuk bersama Luna hingga akhir hayatnya, tema cinta juga terserlah. Ada beberapa adegan lucu seperti bila Farel dikejar oleh sebuah lori. Pada penghujung cerita, saya terharu oleh kata-kata Rachel kepada Farel, yang dilahirkan dalam secebis warkah. Pada keseluruhannya, tema drama, cinta dan persahabatan diberi nisbah perhatian yang mencukupi dalam cerita ini sehingga dapat mencuit perasaan penonton.
ReplyDelete-Mishaal Nadiah 3e6
-Nurul Ashikin 3e5
-Siti Nurfarezah 3e7
Saya bangga kerana ketiga-tiga komen yang telah saya terima dan baca menunjukkan kepuasan yang telah diraih setelah menonton filem Melayu. Saya juga bersyukur kerana penulis faham akan apa yang ditonton dan telah berjaya mengenalpasti tema dan persoalan yang ingin diketengahkan oleh pengarah filem. Saya berharap kamu semua akan teruskan dengan usaha menonton filem Melayu selain daripada membaca buku-buku Melayu agar bahasa Melayu tetap segar dan rapat dengan diri kamu yang sememangnya bergelar 'orang Melayu'.
ReplyDeleteCikgu
Setelah menonton filem Papadom,saya berasa sungguh tersentuh kerana seorang bapa sanggup mengorbankan kebahagiannya demi untuk kebahagiaan anaknya.
ReplyDeletePada pendapat saya,setiap bapa ingin anak-anak mereka bahagia dan tidak membuat sebarang keputusan yang salah.Lantas,mereka sentiasa bersikap tegas dalam bab disiplin.Sebagai seorang remaja seperti saya,kadang-kala,saya merasakan bahawa bapa saya sungguh kolot dan terlalu mengongkong apabila dia tidak membenarkan saya melakukan apa yang dikehendaki. Meskipun begitu,di dalam sudut hati saya,saya tahu bapa saya bersikap begitu kerana dia sangat menyayangi saya dan tidak mahu saya membuat keputusan yang salah.
Juga,saya berasa terhibur menontion cerita ini kerana pengarah cerita ini pandai menyampaikan mesej yang ingin disampaikan dengan jelas dan dengan cara komedi.
Zahirah 3e6
Setelah menonton Magika, saya lebih tahu sebab-sebab mengapa kami orang Melayu adakan pantang larang seperti jangan buang air kecil sembarangan.
ReplyDeletePada pendapat saya Imaginasi kami tiada batasannya. Dalam cerita itu saya dibawa ke alam bunian. Saya dapat lihat Badang, Nenek Kebayan dan lain-lain lagi. Ini menambah pengetahuan saya tentang sejarah Melayu. Kerana saya seorang yang tidak beberapa minat dalam Melayu, remaja-remaja macam saya mungkin boleh manambah minat dalam Bahasa Melayu. Saya berkata begini kerana semalam cikgu kata tentang minat kami terhadap bahasa Melayu. Oleh itu, Magika ialah cerita yang terbaik untuk ditontoni.
Maafkan sya jika Bahasa saya tergolek-golek
DANIAL :D 3E5
Cerita yang saya tonton ialah "Congkak".Walaupun filem ini sangat seram dan lucu, karakternya memunculkan perasaan keanak-anakkan dalam minda saya ketika saya menonton filem ini.Saya berpendapat yang Mesej dalam cerita ini ialah "yang BAIK selalu mengalahkan JAHAT Dan kuasa tuhan boleh menghancurkan apa-apa sahajapun".
ReplyDeleteShafraaz
Cerita pilihan saya yang bertajuk 'Syurga Cinta' telah memberikan beberapa pengajaran yang ramai di antara kita lupa.Ia menegaskan mengenai tanggungjawab kita sebagai seorang Muslimah bagi menjalankan kewajiban kita dalam kehidupan seharian.Setelah menonton cerita ini,saya akui bahawa tiada manusia yang dilahirkan sempurna.Bak kata pepatah, laut mana yang tidak berombak, bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Semua manusia ada kelemahan masing-masing,tetapi jikalau kami berusaha,pasti ada jalannya.Kita harus yakin dengan setiap keputusan yang telah diambil dan jangan melarikan diri daripada masaalah yang ditimpa.Dengan ini, agama senantiasa menjadi bimbingan kehidupan kita seperti mendapatkan jodoh yang dikurniakan daripada Allah s.w.t. Cinta bukan hanya tertakluk kepada kecantikan sahaja tetapi isi hatinya juga harus dipertimbangkan. Terdapat banyak lagi nilai-nilai murni yang boleh kita amalkan daripada cerita ini. Akhir kata, saya rasa cerita ini akan menjadi lebih seronok jika ditontoni sekeluarga kerana ia mengandungi adegan-adegan yang lucu,lantas ia dapat meriahkan suasana dan akan menjadi sesuatu kenangan yang dihargai semua.
ReplyDelete-Nur Ashikin 3E6
Cerita yang telah saya pilih bertajuk 'Heart'.Ia adalah sebuah kisah mengenai persahabatan antara Farel dan Rachel.Bagi saya, jalan ceritanya amat menyedihkan terutama sekali ketika pada akhirnya Rachel rela memberi jantungnya ke Luna demi kebahagiaan Farrel.Ini menunjukkan bertapah kuatnya kasih sayang Rachel terhadap Farel.Pada pendapat saya, sekurang-kurangnya Farel patut terfikir akan bagaimana perasaan Rachel ketika persahabatan mereka mula renggang dan tidak hanya meluangkan masanya khas untuk Luna.Sesudah menonton cerita ini, saya berfikiran adakah cinta sejati melebihi persahabatan yang telah sekian lama terjaga?atau ia adalah sesatu yang tidak dapat dipisahkan?
ReplyDeleteNurul Ashikin 3e5