Thursday, July 7, 2011

Ulasan Filem Minggu Pertama

Setelah mendengar ketiga-tiga persembahan mengenai filem yang telah ditonton, saya pasti kamu mesti ada pendapat mahupun pandangan tentang filem-filem tersebut. Saya ingin kamu berkongsi impak yang telah kamu rasai setelah mendengar sinopsis filem-filem tersebut. Apa yang menarik tentang filem-filem tersebut, apakah pengajaran ataupun mesej yang hendak disampaikan dan sebagainya...Apa yang kamu suka tentang filem tersebut dan adakah kamu ingin menontonnya mungkin ?

Tuliskan renungan kamu yang tidak kurang daripada 100 patah perkataan untuk ketiga-tiga filem tersebut ( bagi yang sudah membuat persembahan, 2 filem sahajalah :)

Cikgu

( Papadom, Qaisy & Laila, Lagenda Budak Setan )

21 comments:

  1. Antara ketiga-tiga filem yang telah saya dengar melalui persembahan di dalam kelas, saya dapati filem Qaisy & laila mempunyai sedikit kelainan dari segi latar dan arahan. Maksudnya jarang kita dapat filem yang bertempatkan negeri lain ( dalam hal ini Afghanistan ). Filem ini juga telah berjaya menggambarkan suasana yang amat berbeza yang pernah kita alami ( peperangan, kemiskinan yang amat sangat dan penganiayaan sesama manusia ). Walaupun sinopsis cerita menyatakan kisah cinta namun tema cinta ini tidak begitu menonjol - sesuatu yang luar biasa dalam filem-filem Melayu secara amnya yang selalu berkisar tentang percintaan......

    ReplyDelete
  2. Filem Papadom pula saya rasa agak menarik dengan wujudnya unsur jenaka di dalam filem lantas dapat menghiburkan hati. Namun banyak pengajaran yang diselitkan seperti menghargai ibu bapa dan sebagainya. Nama filem juga agak unik dan menarik lebih-lebih lagi jika kita tahu sebab di sebalik pemilihan tajuk tersebut....

    ReplyDelete
  3. Lagenda Budak Setan merupakan kisah percintaan yang saya rasa memang menjadi kegemaran para penonton filem secara amnya. Namun begitu saya percaya terdapat banyak mesej yang ingin disampaikan oleh pengarah filem seperti penderaan, penganiayaan yang berlaku di dalam sebuah rumahtangga, masalah sosial dan sebagainya. Dengan pemilihan watak-watak yang popular, pastinya filem ini mendapat sambutan hangat daripada penonton. Apatah lagi dengarnya, sebelum wujud filem ini, buku Lagenda Budak Setan ini memang yang terlaris dijual di Malaysia !

    ReplyDelete
  4. PAPADOM! :D

    Filem ini mengajar saya jangan selalu fikir keputusan yang dibuat oleh ibubapa kamu tidak adil kerana mereka membuat keputusan itu kerana mereke sayang kami. Oleh itu, kita harus bersyukur atas keputusan dibuat oleh mereka.

    QAISY & LAILA :D

    Daripada cerita ini, saya dapat belajar yang kita tidak sepatutnya mencari ketenangan di Afghanistan kerana ia akan membawa kematian kepeada kami sahaja. Sebenarnya, saya tidak faham cerita ini dalam konsep teksnya. Dalam 3 filem yang ditunjuk, inilah yang saya tidak faham.

    LAGENDA BUDK SETAN! :D

    Saya dapat pelajari bahawa cinta boleh tiba dengan secara tiba-tiba. Dalam cerita ini, Ayu dan Kasyah boleh jatuh cinta walaupun mereka tidak sama. Kasyah seorang yang jahat tetapi Ayu seorang yang baik.

    DANIAL

    ReplyDelete
  5. PAPADOM

    Filem ini mengajar saya bahawa kadang-kala kita tidak harus mengongkong kehidupan seseorang. Dalam cerita papadom yang telah dipersembahkan oleh Zahirah, Saadom terlalu menyayangi anaknya Miasara sehingga dia tidak mahu berpisah dengannya. Pada pendapat saya, bila tiba masanya, kita harus memberi kebebasan untuk si anak supaya dia tidak rasa dikongkong. Banyak yang telah saya pelajari dari filem tersebut dan tema serta persoalan telah diketengahkan dengan baik sekali.

    LAGENDA BUDAK SETAN

    Pada pendapat saya, filem yang diketengahkan ini banyak sekali pengajaran yang boleh diambil sebagai iktibar. Contohnya, cerita di mana Ayu dan Azmi terlanjur dan hal Azmi seorang kaki botol boleh mengajar kita bahawa kita tidak seharusnya mengikut budaya Barat yang mempunyai impak yang buruk. Kita harus menjauhi dari perkara-perkara buruk tersebut. Hal Ayu didera juga kita boleh ambil sebagai iktibar kerana sepatutnya kita harus banyak bersabar. Keseluruhannya, saya dapati file mini sangat baik dan saya mahu sekali menontonnya untuk memahami dengan lebih mendalam lagi.

    Suhaimi Bin Yusri - 3e5

    ReplyDelete
  6. LAGENDA BUDAK SETAN

    Untuk filem Lagenda Budak Setan, ia adalah sebuah filem yang romantis. Tetapi selain dari itu, ia mempunyai banyak pengajaran yang kita boleh memperolehi. Salah satu dari pengajarannya ialah, kita harus memilih pasangan hidup kita dengan baik jika kita tidak mahu merana seumur hidup dengan pasangan yang tidak menghormati kita sebagai wanita. Juga, kita tidak harus mengambil tabiat buruk seperti watak Azmi dalam filem itu, dia kaki perempuan dan suka mabuk. Lantas, saya berpendapat bahawa filem ini baik and harus ditontoni oleh semua lapisan masyarakat.

    Marissa 3E4

    ReplyDelete
  7. Papadom.
    Cerita ini amak menarik kerana cara tajuknya didapati agak aneh. Ceritanya lihat amat menarik kerana ia bilang cerita yang seorang ayah yang bekerja di kolej anaknya dan anaknya tidak suka pada ayahnya. Cerita ini ajar bahawa seorang anak harus bersyukur bahawa ada seorang ayah atau ibu yang saying pada mereka. Cerita ini menceritakan bahawa seorang ayah yang harus menjaga anaknya apabila isterinya meninggal dunia. Mia mula rimas apabila kasih saying ayahnya terlalu lebih.


    Ayman-3e3

    ReplyDelete
  8. Untuk filem Papadom, saya tertarik akan filem tersebut kerana ia menyelitkan beberapa babak lawak jenaka di samping menyampaikan sebuah mesej yang amat penting untuk para remaja. Saya suka akan cara ia cuba menyampaikan mesej kepada para penonton untuk menghargai ibu bapa kita, iaitu dengan menyelitkan babak-babak yang amat mengharukan antara Saadom, yang dibintangi oleh Afdlin Shauki dan Miasara, lakonan Liyana Jasmay. Selain daripada itu, barisan pelakon yang membintangi filem itu juga telah menjiwai watak mereka dengan amat baik. Oleh kerana itu, mesej yang ingin disampaikan kepada para penonton telah berjaya diketengahkan.

    Bagi filem Qaisy Dan Laila, walaupun tajuknya sedikit membosankan, tetapi ia merupakan sebuah filem yang amat baik. Ia mempunyai unsur-unsur kehidupan. Contohnya, tidak semua orang yang pada mata kita mempunyai hidup yang senang, mempunyai ketenangan di jiwa. Lantas, ia merupakan sebuah filem yang harus ditontoni oleh semua lapisan masyarakat.

    - Jumairah (3E3)

    ReplyDelete
  9. Renungan:
    Impak yang saya rasai setelah mendengar sinopsis filem-filem yang telah dipersembahkan.. untuk persembahan filem papadom, impak yang saya rasai tidak bergitu jelas. Tetapi apa yang menarik tentang filem tersebut adalah jalan cerita tersebut. Untuk filem Qaish dan laila pula, impak yang dapat dirasai adalah orang orang yang hidup di afganistan memang menghidupi hidupan yang susah. Apa yang menarik tentang filem ini adalah ia menceritakan tentang seorang boleh mendapat ketenteraman hati di tempat yang susah. Filem lagenda budak setan pula. Saya tidak begitu minat dengan filem itu dan jalan ceritanya pula macam “too common”

    Fakhrur Razi 3e5

    ReplyDelete
  10. Papadom

    Filem ini sangat menarik perhatian saya kerana saya dapat memahami perasaan watak-watak dalam filem ini. Saya juga dapat mempelajari bahawa sebagai seorang anak,kita harus bersyukur dan berterima kasih setelah apa ibu bapa kami lakukan. Saya terharu apabila bapa Miasara mengambil masa dan mengambil berat tentang anaknya. Filem ini juga mempunyai banyak makna.
    zikri

    ReplyDelete
  11. Cerita ‘Papadom’yang telah dipersembahkan oleh Zahirah amat menarik. Cerita ini mempunyai isu-isu yang pernah dihadapi kita semasa remaja. Salah satunya ialah masaalah di antara ibubapa. Saya telah pelajari bahawa kita harus sentiasa berterima kasih dengan ibubapa kami kerana merekalah yang telah menyara dan membesarkan kami dari kecil lagi. Setiap titik peluh mereka bagi memberikan kami hidup dengan selesa dan curahan kasih sayang yang telah mereka berikan tidak terkira untuk kami membalas jasa mereka. Setiap larangan itu ada sebab di sebaliknya dan kita sebagai seorang anak haruslah memahami isi hati ibubapa kami dan jangan hanya menaruh perasaan dengki. :D
    Nur Ashikin 3e6

    ReplyDelete
  12. Papadom

    Filem ini mengajar saya untuk selalu mendengar kata kata ibubapa dengan teliti kerana mereka menyayangi kami. Kita harus bersyukur dengankeputusan dibuat oleh mereka.

    Qaisy & Laila

    Filem ini mengajar saya yang kita tidak sepatutnya mencari ketenangan di Afghanistan ia akan meletakkan diri dalam bahaya. Sebenarnya, Saya tidak memahami cerita ini tetapi saya akan menontonnya

    Legenda Budak Setan

    Filem ini mengajar saya bahawa cinta akan dating tiba-tiba. Dalam cerita ini, Ayu dan Kasyah boleh jatuh cintawalaupun mereka tidak ada persamaan. Kasyah seorang yang jahat tetapi Ayu seorang yang baik.

    Shafraaz

    ReplyDelete
  13. Dalam cerita Qaisy dan Laila,saya rasa,ceritanya amat menarik kerana ia mengisahkan Laila,seorang yang kaya,pergi ke Afghanistan demi untuk mencari ketenangan kerana mindanya kusut dek ayahnya yang sering mendera ibunya.Lantas,saya rasa,ini adalah ironik kerana orang yang kaya ingin ke negara yang miskin dan berkeadaan kacau-bilau demi untuk mencari ketenteraman jiwanya. Saya rasa,mesej yang igin disampaikan ialah harta-benda tidak menjamin kebahagiaan. Malahan, orang yang hidup miskin akan berasa bahagia kerana mempunyai keluarga yang bahagia.
    Zahirah

    ReplyDelete
  14. Dalam cerita Lagenda Budak Setan pula,saya rasa, cerita itu sungguh menyayat hati kerana ia mengisahkan sepasang kekasih,Ayu dan Kasya,malangnya, cinta mereka tidak kesampaian kerana Ayu terpakasa mengahwini Azmi,seorang pemabuk dan kaki perempuan. Daripada cerita ini, saya pelajari bahawa kita mesti bijak memilih pasangan hidup yang menghormati diri kita agar kita tidak merana hidup berasamanya.Juga, saya pelajari bahawa kekasaran tidak akan dapat menyelesaikan masalah,malahan,menambahkan lagi masalah.Lantas,saya rasa,kita harus berkomunikasi secara baik dan bertolak-ansur untuk menyelesaikan masalah itu dengan cara yang baik.

    Zahirah

    ReplyDelete
  15. Papadom adalah sebuah cerita yang lucu tetapi mempunyai pelajararan yang amat mendalam. Suatu perkara yang menarik perhatian saya adalah temanya yang mengisahkan tentang kasih sayang seorang ayah kepada anaknya. Saya rasa yang ini boleh membuat penonton seperti saya, sedar betapa besarnya kasih sayang ibu bapa.

    Quaisy dan Laila pula cerita yang mengisahkan tentang seorang wanita melancong ke Afghanistan, keinginan untuk memiliki ketenangan. Saya dapat merasakan bagaimana susahnya orang di Afghanistan hidup, membuat saya pelajari bahawa kita harus bersyukur dengan apa yang kita sudah miliki.

    Lagenda Anak Budak Setan adalah filem yang dapat benar-benar menarik perhatian saya, selepas menonton treler filem tersebut. Dari cerita ini, saya dapat pelajari yang kita harus memilih pasangan hidup yang baik supaya rumah tangga kita akan bahagia.

    Farezah 3e7

    ReplyDelete
  16. Renungan:
    Setelah mendengar setiga-tiga persembahan mengenai filem yang telah ditonton, saya rasa ketiga-tiga persembahan membawa pelajaran yang kami semua boleh mengikuti.

    Cerita Papadom mengajar saya yang kami patut mendengar kata-kata ibu bapa kami kerana mereka tahu apa yang terbaik untuk kita dan Papadom juga menunjuk isu-isu remaja yang pernah kita hadapi sendiri.

    Qaisy Dan Laila pula adalah filem yang mempunyai pelajaran yang agak dalam dan susah untuk mencari dan memahami. Filem ini menunjuk kesusahan orang-orang di Afghanistan dan ia mengajar saya yang kami harus bersyukur untuk apa kami ada.

    Lagenda Anak Budak Setan pula menunjuk saya yang cinta adalah satu perkara yang sangat rumit dan ia boleh datang dalam cara yang sangat menghairankan.

    - Ashraf 3e3 :B

    ReplyDelete
  17. Bagi cerita Qaisy dan Laila, adegan yang saya paling tertarik ialah semasa Afghanistan mengalami peperangan di mana ramai rakyatnya menjadi mangsa dan terkorban hampir setiap hari. Di sini, saya dapat pelajari bahawa kita harus bersyukur kerana dilahirkan di sebuah negera yang aman dan tenteram. Kita juga patut ingat akan apa yang kita ada dan bukan apa yang kita inginkan. Kita harus menghargai orang-orang di sekililing kita dan sabar apabila menempuhi suatu cabaran.

    Cerita yang ketiga iaitu Lagenda Budak Setan,telah menunjukkan bahawa kita tidak patut menilai seseorang itu daripada luaran sahaja kerana ia boleh mengakibatkan suatu perselisihan di antara satu sama lain. Tambahan lagi, cinta tidak boleh dibeli dengan wang. Ia adalah suatu perasaan yang timbul dengan semula jadi dan bukan secara paksa.

    Nur Ashikin 3e6

    ReplyDelete
  18. Cerita ‘papadom’ menarik perhatian saya kerana ia kelihatan sangat kelakar. Temaya juga penuh bermakna kerana ia cakap tentang masalah remaja. Wayang gambar itu ada banyak pelakon yang ada personaliti yang berbeza. Kami boleh mengaitkan masalah yang pelakon dialami dengan masalah kami.
    Cerita ‘Quaisy dan Laila’ada tema cinta dan pengorbanan. Hakikat bahawa Qaisy terpaksa menamatkan pengajiannya di Malaysia untuk menjaga adik perempuannya menyetuh hati saya, dan itulah masa apabila dia bertemu dengan Laila. Kita harus berhenti meminta lebih daripada apa kita perlu dan bersyukur dengan apa kita sudah ada.
    Cerita ‘Lagenda Anak Budak Setan’ juga tentang tema cinta. Saya suka bagaimana jalan cerita menjadi lebih hebat. Saya juga mengagumi bagaimana Ayu begutu bertekad untuk memulakan hidupan yang baru.

    Mishaal Nadiah 3E6

    ReplyDelete
  19. -Papadom bagi saya adalah cerita yang lucu dan pada masa yang sama ia juga menunjukkan saya betapa dalam kasih sayang seorang ayah terhadap anaknya.Setelah menonton cerita tersebut, saya lebih memahami yang ibu dan bapa saya hanya melarang saya membuat sesuatu perkara demi kebaikkan saya.
    -Quaisy dan Laila adalah satu cerita yang ber’moral’.Cerita tersebut menyadarkan saya. terdapat orang-orang lain di dunia ini yang sentiasa hidup dalam ketakutan dan tiada kenangan.Saya sepatutnya bersyukur tinggal di Sinagpura yang amat damai dan tenang tanpa saya memikirkan keselamatan saya.
    -Lagenda Anak Budak Setan bagi saya amat megikuti konteks di dunia kita masa kini.Dengan berbuat demikian,saya dapat lebih memahami dan merasakan kepahitan yang dihadapi setiap watak Dalam cerita tersebut.Kejadian yang terjadi di cerita tersebut amat menyentuh hati sehingga saya nangis melihatnya.
    Nurul Ashikin 3e5

    ReplyDelete
  20. Papadom

    Papadom sebuah cerita yang boleh ditonton dan difahami ramai orang dari pelbagai usia sama ada tua atau muda. Sinopsisnya menarik dan menceritakan tentang bagaimana Miasara dijaga ayahnya, Saadom. Ia sesuatu yang kerap wujud antara seorang anak dengan ibu atau ayahnya. Setelah menonton filem ini, saya teringat kembali bagaimana ayah saya juga sedikit seperti itu. Saya bersyukur ayah saya tidak mengekori saya ke mana-mana saya pergi seperti papa Saadom itu. Di sebalik ayah saya yang juga sering risau tentang anak bongsunya iaitu saya, saya tahu bahawa dia amat menyayangi saya dan saya terasa amat bersyukur. Saya rasa, pengarah sedang ingin menyampaikan mesej bahawa kita patut bersyukur dan menghargai dengan kasih sayang yang diberi ibu bapa kita tanpa rasa malu.



    Qaisy Dan Laila

    Qaisy dan Laila mempunyai sebuah sinopsis yang lain daripada yang lain. Saya amat tertarik dengan bagaimana ia menceritakan tentang kehidupan di Afghanistan. Dari menonton filem itu, saya bersyukur bahawa saya ditempatkan di sebuah Negara yang cukup selesa. Selain itu, ia telah menunjukkan bagaimana seseorang itu tidak semestinya gembira dalam keadaan yang senang, seseorang itu juga boleh gembira dan terasa senang dalam sebuah tempat yang dalam keadaan susah. Saya suka dengan cara jalan cerita mereka dirancang kerana keunikkannya. Dari sini, latar belakangnya yang lain ini dapat saya gunakan sebagai contoh buat penulisan karangan saya yang sering mempunyai scenario kehidupan di negeri-negeri seperti Amerika, England, Singapura atau Malaysia.

    -Fatin Naziha (3e5)

    ReplyDelete
  21. Papadom

    FIlem ini mempunyai jalan cerita yang menarik. Filem ini menceritakan tentang Miasara, anak bungsu Saadom. Ayah Miasara sering mengikuti Miasara kemana pun yang dia pergi. Sebagai Miasara saya juga akan merasa terganggu. Tetapi, dalam segi pandangan Saadom, dia sayang kepada Miasara dan bimbang akan keselamatannya.

    Qaisy & Laila

    Filem ini tentang seorang gadis yang bersekolah di Malaysia. Dia disuruh balik ke Afghanistan kerana anggota keluarganya telah menjadi korban perang, kecuali adiknya. Saya boleh mendapatkan pengajaran dari filem ini seperti kita harus rela berkorban untuk darah daging kita sendiri apabila mereka dalam kesusahan.

    Lagenda Budak Setan

    Saya dapat pelajari dari filem ini bahawa kita harus memilih pasangan yang menghargai dan menyayangi kita dengan ikhlas supaya kita tidak diperlakui dengan kasar. Seperti apa yang terjadi di filem ini, Ayu selalu disakiti oleh suaminya Azmi dan akhirnya meninggal dunia akibat kekerasan Azmi.

    Andriana 3e3

    ReplyDelete